Salam Alaik..
27th Feb.
Seperti subjek Marketing dan PR, sem ni juga aku kena interview manager. Tapi kali ni Human Resources Manager. Mula-mula tu biasa la memang stress nak cari manager yang sanggup layan student. Tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya.
Kali ni kami dapat interview HR manager dari syarikat Telaga Biru yang MashaAllah awesome sgt. Sampai je kami nak tumpang solat, tengok staffs semua tengah berjemaah solat Zuhur. Sejuknya hati tengok syarikat Islami macam ni. Terus jadi inspirasi andai satu hari nanti aku punya syarikat sendiri, dan jika diizinkan Sang Khaliq, aku juga nak implement elemen islamic dalam company. Solat berjemaah itu wajib!
Sesi temuduga berjalan dengan lancar. Puan Mariana HR manager sangat baik orangnya. Semoga Allah membalas budi baiknya.
Usai temuduga, kami keliling showroom buku. Macam kera dapat bunga, macam tu la kami bila nampak buku. Semuanya kaki membaca. Lagi excited bila Puan Mariana kata kalau nak beli buku, guna nama dia dapat 30% less. Subhanallah! Suka bukan kepalang. Apa lagiii? Borong la jawabnya.
Syukran jazilan, Puan Mariana.
Sungguh interview session kali ni paling deboom!
Alhamdulillah :))