Saturday, 7 December 2013

An evening by the river

Salam Alaykum.

Yesterday evening, we the girls, was having hi tea by the river. Tak la cantik tempatnya mcm kt Paris. Tapi ala-ala Paris jugak la. Edit kt vscocam jadi lawo sgt kot =P

Have a look -- the beauty of Malacca :)





Wednesday, 6 November 2013

Righteous husband

“For the first time after 18 years of marriage, she prepared the worst dinner for her husband. The vegetables were over cooked, meat was burned and salad was too salty.
At the dinner table, her husband kept silent while he was eating.
After that, when she was in kitchen washing dishes.
He came to her, smile at her and kissed her on her forehead
“What is this kiss for?” she asked him not believing what he did.
“Tonight, your cooking reminded me of your cooking in the first days of our marriage. It reminded me of your cooking as a new bride, so I wanted to treat you as if you are a new bride.” 

This is the good righteous husband who turn the mistakes of his wife to positive sides in their life together, because the best Muslim man is the one who is best to his wife and should make her feel that she is so special to him.

Abu Hurairah narrated that Prophet Muhammad (sallAllahu alaihi wa sallam) said: “The believers who show the most perfect faith are those who have the best disposition and the best of you are those who are best to their wives.” [Tirmidhi]




P/S : I will never stop praying to Allah for the best and righteous husband. I believe in Him :')

Tuesday, 5 November 2013

Hijrah

Salam Alaykum.

Sobahul khair :)

Salam Ma'al Hijrah 1435. Selamat tahun baru Islam. 
Alhamdulillah Allah beri setahun lagi untuk perbaiki diri. Tanggal 1 Muharram, cukuplah setahun aku pilih jalan hijrah ni. Setahun yang lepas, hatiku terbuka untuk jadi muslimah solehah. Walaupun title 'solehah' tu belum layak untukku, Allah tahu aku sedang berusaha. Semua org kata benda yang sama, jalan Hijrah ni bukan mudah, tetapi istiqomah itu lagi susah. Memang betul.

Keep going to Jannah, Lillahita'ala :)

Malam 1 Muharram 1434, Ika berborak dengan aku soal agama. Tiba-tiba dia ajak aku sama-sama berhijrah. Dari leka ke peka, dari jahil ke mencari ilmu, dari bertudung ala kadar ke lebih peka soal aurat. Bukan senang aku terima perubahan ini, dengan orang sekeliling yang lagi pelik tgk aku yang baru. Bukanlah aku berubah mendadak, tetapi persepsi orang Melayu memang menyesakkan minda. Asal bertudung labuh dicop ustazah. Sedangkan tudung labuh bukan hak ustazah sahaja. Tudung labuh itu untuk semua muslimah. 

Kenapa kena bertudung labuh? 

Firman Allah
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (al-Ahzab : 59)

Kerana aku berpegang pada ayat ini, aku kuatkan hati untuk terus bertudung labuh. Ternyata benar! Sejak aku bertudung labuh, tak pernah sekali pon aku diusik atau diganggu lelaki tak dikenali. Kaum Adam yang kenal pun jarang sekali tegur dan aku rasa lebih dihormati dan selamat.

Bukan soal tudung labuh je, aurat yang lain seperti kaki kan tangan pon perlu dijaga. Sekarang ni aku jarang sekali pakai seluar, semuanya digantikan dengan skirts. Seluar jeans dah lama aku tinggalkan. Semuanya Lillahita'ala. Bukan mudah jalan hijrahku. Ada je yang rimas dengan perubahan ini. Aku balas dgn senyuman. Semua kritikan aku diamkan, sebab Allah lebih mengerti. Yang penting sekali, apa sekali pun aku buat semuanya untuk mencari redha Allah. Bukan redha manusia yang buatkan aku terus hidup. Tipulah kalau aku kata aku tak menangis dgn dugaan hijrah ni. Tapi aku percaya duka dan ujian ini akan berakhir juga. Dan manisnya akan datang akhirnya. Aku tunggu saat itu. Kemanisan iman.

Soal aurat baru satu bab, masih banyak lagi aku kena belajar. Aku bukanlah pandai mana nak bercakap soal agama. Moga tahun baru ini bagi peluang baru untuk aku jadi hamba Allah yang lebih baik, lebih positif dan matang. Biarlah apa kata orang, aku tetap dengan jalan ini. Kerana aku punya Allah :)

Wallahhu a’lam.


Sunday, 13 October 2013


"Marriage isn’t the fairy tale which most assume it is. It is an exchange of responsibilities, unity which is formed on the mutual desire to please Allah (SWT). It is about being someone’s spouse, friend and companion, and eventually someone’s parent, mentor and role model. So prepare to take responsibility and turn to Allah (SWT), for every form of assistance comes from him."

Saturday, 13 July 2013

Tudung labuh.


Pengalaman menarik ustazah Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi:
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Istimewa Bertudung Labuh
Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.
Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.
Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.
Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
tudung-labuhMenyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.
Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Sumber : http://mindakini.com/tudung-labuh/

Tuesday, 28 May 2013


Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
Walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunuubi
Fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Monday, 22 April 2013

Janji Allah ada.

Assalamualaikum wbt.

"Saat hati bersedih, aku memilih berusaha untuk tersenyum. Walaupun adakalanya aku tak mampu, aku pilih bangkit berusaha saat terjatuh. Dan aku memilih untuk sabar dan redha dengan satu ujian yang menyapaku. Kerana aku yakin Allah bersama dengan orang yang bersabar dengan ujian-Nya."

Aku tak akan merasa sunyi selagi Allah sudi mendengar rintihanku, dan selagi 'sahabatku' Al-Quran masih punya tulisan didalamnya untuk merawat luka hatiku. InshaAllah. 

Friday, 25 January 2013

Kecewa?

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman. - Surah Al-Imran ayat 139




P/S : Allahu Rabbi, sebak rasanya baca ayat Al-Quran ini. Syukran jazilan, ya Rabb. *lap air mata

Sunday, 13 January 2013

Yang ingin dibimbing itu aku.

"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku."

Monday, 7 January 2013

Jodoh dan takdir.



Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk ku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna
Di kala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan


Ya Allah tidak ku pinta yang menawan
Tidak ku harap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan




P/S : Saya menangis dengar lagu ni. Sekian.


Wednesday, 2 January 2013

Hijab adalah cahaya.

‎"Hijab adalah cahaya. Rasa malu adalah perhiasan. Penutup adalah kecantikan. Dan Menjaga kehormatan adalah akhlak yang terpuji. Amat indah bagi siapa yang terkumpul padanya 4 perkara ini. Semoga Allah meneguhkan kita."

[Syaikh Nabil al ‘Awadhi]