Showing posts with label adventure. Show all posts
Showing posts with label adventure. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Daypack to Ipoh

19 September 2015

Assalamualaikum wbt.

Orang kata kalau plan last minute, itulah yang menjadi. Plan nak ke Penang tak jadi, so kami decided nak ke Ipoh. Esok nak pergi, malam tu baru nak survey and prepare. Nasib baik day trip je. Alhamdulillah masih ada train walaupun ETS dah penuh.


It took 4 hours to reach Ipoh with train Senandung Sutera. Luckily amik train pagi, sempat sampai before tengah hari. Sebab target nak ke kedai makan tu before 1 p.m, nak elak beratur panjang. It's weekend, wajib ramai olang!


Suka buildings kat Ipoh ni. Banyak bangunan putih, macam peninggalan zaman British (ye kot..) This is KTM Ipoh Station. Macam mana nak jalan-jalan kat Ipoh? We walked. Yes, seriously. So memang tak payah risau berat naik sebab setiap kali selepas makan, we walked few km kott (Ohh Tuhan..) Ipoh ni banyak jalan sehala, so agak payah kalau nak bawak kereta. Lagipun adventure la sikit kalau jalan je. Barulah backpacker.


Hometown! Not really geng ic no 08. Tapi abah lahir kat Ipoh. Parents ummi pun orang Perak. Tapi tak ingat bila last balik Ipoh ni. Layakkah aku gelarkannya sebagai hometown? Belum boleh bawa backpack Karrimor Munro kesayangan pemberian yang tersayang, sebab besar sangat. Insyallah next trip ye, Munro?


The main reason kami daypack ke Ipoh ialah untuk food hunting! Ohh ye. Kami hiker dan kami juga food lover. Contra sangat tapi selagi boleh makan, kita makan. Time hiking nanti baru nak menyesal makan banyak sangat. Lepas tu merengek sebab berat naik, pipi nampak tembam dalam gambar. Paling teruk kena buat extra set workout! Tapi tu nanti lah! Sekarang ni kita enjoy makan dulu.


Bits Bobs Ice Kepal. Depan Plan B! Hipsturr! Dekat je dengan KTM Ipoh. RM3 je dapat snowball, boleh baling kat orang kalau dah takde rasa.


Seperti yang dijelaskan diatas, memang niat ke Ipoh sebab nak makan je. Menu wajib kalau datang Ipoh of course la nasi vanggey. Dah penat-penat jalan plus lapar dari pagi tak makan, memang sedap betul makan nasi vanggey ni. Biasa bila makan ada je kami sembang. Tapi kali ni senyap je makan sebab dah lapar sangat. Minus timun (pindah ke pinggan sebelah..), memang terbaikk! Nasi vanggey Yong Suan. Belum tengah hari lagi dah beratur panjang.


Next kitaorang makan tau fo fah. My travel partner memang cina betul, no DNA test needed. Tau fo fah Funny Mountain ni favorite dia la nih! Biasa tak makan sangat tau fo fah sebab tak berapa minat soya. Tapi fau fo fah ni memang sedap sedap dan sedap. Sampai balik teringat. Menyesal tak beli banyak. Highly recommended!


Have you heard Coffee King Est. 2015? The one with super big cup but only costs you RM5? Inilah dia! Mine is iced green tea, Ipoh mali! Memang puas hati. Worth it berjalan jauh-jauh! Kalaulah ada kat Klang.. takpayah pergi Chatime lagi.


And...the most important food yang kitaorang nak sangat kat Ipoh ni: ABC BUAH! Tapi nak dapatkannya memang penuh dengan dugaan. Sampai-sampai belum bukak lagi, rupanya bukak petang sampai malam starts pukul 6 macam tu. Stall tepi jalan je menghadap petron. RM6 dapat ABC yang penuh dengan buah. Sukanya orang tu, habis semangkuk besar tu! Siap kira ada berapa jenis buah.


I learned a lot through my short journey. Banyak dugaan terutamanya masa balik tu. But I glad, I made memories that Insyallah, lasts forever. Dulu masa konvo, ada mintak ummi bunga yang ada bear mashimaro tapi dah habis masa tu. Masa kat Ipoh ni, my travel partner belikan mashimaro yang memang dah lama nak sangat. Kebetulan nampak kt souvenir store! Dah la rare, susah nak jumpa. Ni lah namanya rezeki. Well.. that's the best part rasanya hehe..

I slept all the way back to KL Sentral. Luckily dpt train ETS. Tu pun yang last. Penat sangat tapi best sangat backpacking ni. You'll never know what Allah planned to teach you in every step of your journey. So bersangka baik je dengan Allah. Sentiasa percaya yang setiap benda berlaku pasti ada hikmah. Travel bukan sebab nak jalan tengok dunia je. Kita redah je, tapi tawakkal. That's when you know how strong, big and powerful Allah the Almighty is.

Tak serik. Kalau datang Ipoh lagi nak hiking Bukit Kledang pulak. Maybe pergi Tasik Cermin? Hoping for another adventures. Mungkin island hopping pulak? Let's see how far our love can travel. Ehh?



P/S: No I was wrong. The best part of that day is when we were together berjemaah solat jamak. It brought me to tears. Don't really know why, guess only Allah knows how I felt. 


Alhamdulillah!