Friday, 28 February 2014

Human Resources Interview


Salam Alaik..

27th Feb.

Seperti subjek Marketing dan PR, sem ni juga aku kena interview manager. Tapi kali ni Human Resources Manager. Mula-mula tu biasa la memang stress nak cari manager yang sanggup layan student. Tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya. 

Kali ni kami dapat interview HR manager dari syarikat Telaga Biru yang MashaAllah awesome sgt. Sampai je kami nak tumpang solat, tengok staffs semua tengah berjemaah solat Zuhur. Sejuknya hati tengok syarikat Islami macam ni. Terus jadi inspirasi andai satu hari nanti aku punya syarikat sendiri, dan jika diizinkan Sang Khaliq, aku juga nak implement elemen islamic dalam company. Solat berjemaah itu wajib! 

Sesi temuduga berjalan dengan lancar. Puan Mariana HR manager sangat baik orangnya. Semoga Allah membalas budi baiknya. 

Usai temuduga, kami keliling showroom buku. Macam kera dapat bunga, macam tu la kami bila nampak buku. Semuanya kaki membaca. Lagi excited bila Puan Mariana kata kalau nak beli buku, guna nama dia dapat 30% less. Subhanallah! Suka bukan kepalang. Apa lagiii? Borong la jawabnya. 

Syukran jazilan, Puan Mariana.

Sungguh interview session kali ni paling deboom! 

Alhamdulillah :))









Tuesday, 11 February 2014

Andai Hidayah itu ada dijual

Salam Alaykum..



Andai Hidayah itu ada dijual, pasti sudah aku beli dan beri kepada mereka yang aku sayang. Malangnya aku tiada kuasa memberi hidayah kepada hamba Allah tersayang. Hidayah itu milik Allah. Biarpun lama menunggu, aku tetap harus bersabar dan berdoa, agar hidayah akan jadi milik kita semua jua suatu hari nanti.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang Dia kehendaki". [Al Qasas 28:56].

Friday, 7 February 2014

Ms Arrogant & Mr Playboy


Salam Alaykum.

Kisah 6th Feb,

Kolej Tun Merah anjurkan program Ms Arrogant & Mr Playboy. Dasyat kan tajuk? Penceramah jemputannya adalah Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Asri. Ada lagi satu event lain pada waktu yang sama. PU Rahmat jadi tetamu. 2 3 hari jugak la amik masa nak pilih event mana patut di join. Akhirnya ana pilih untuk attend ceramah Ustazah Fatimah dan Ustaz Asri. 

Sebab apa? 

Because Ustazah Fatimah Syarha is my idol. She's so gorgeous MashaAllah. I love and adore her so much. When she talks, my heart melt. Jazakallahu khair, Ustazah. Syukran jazilan untuk ilmu yang dikongsikan, moga bermanfaat kepada kami semua.