Nak kata marah, tidak, nak kata tak marah pun tidak. Nafi sedalam-dalamnya.
Perasaan bercampur. Cuba pejam mata, tarik nafas
dalam-dalam.
Tiba-tiba aku teringat satu hadith tentang marah.
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan dari api, sementara api bisa dipadamkan oleh air. Kerana itu, jika salah seorang di antara kalian sedang marah, hendaklah dia berwudhu (HR Abu Dawud dari Athiyah)”.
Aku amik wudhu’, tunaikan solat.
Bukankah solat itu
penawar? Bukankah Dia Doktor Segala Doktor?
Dari awal solat, hingga habis, bacaanku diiringi suara
sebak.
Sedikit demi sedikit airmata pun turun membasahi pipi,
telekung dan sejadah.
Amarahku kian pudar, yang tinggal cuma rasa
kesal.
Kesal kerana izinkan diri dan hati makin jauh dariNya.
Baru saja Maghrib tadi kudoa agar Allah kembalikan aku padaNya.
Baru saja Maghrib tadi kudoa agar Allah tarik aku dari terus
leka.
Makin deras airmata.
Kerana aku sedar bertapa kasihnya Dia padaku.
Tingkap bilik terbuka luas. Angin kuat disebabkan hujan.
Usai solat dan berdoa, aku duduk di tepi tingkap.
Aku buka kalam suciNya. Surah ke 36. Surah yang aku jadikan
penawar setiap kali hati kecewa.
Aku terbuai dgn suasana sejuk dan tenang, terubat dgn ayat-ayat cinta dariNya.
Alhamdulillah, hati makin tenang. Benarlah hanya Allah mampu mengubat segala sakit.
Alhamdulillah, hati makin tenang. Benarlah hanya Allah mampu mengubat segala sakit.
Kalau kita tidak pernah terluka, mana mungkin kita tahu yang Allah itu maha Penyembuh.
Dan aku sedar, Allah izinkan hati aku terluka, kerana Dia rindu akan rintihanku.
"Dalam setiap titisan air hujan, ada rahmat Tuhan. Dan dalam setiap titisan airmata, ada kasih Tuhan."
Dan aku sedar, Allah izinkan hati aku terluka, kerana Dia rindu akan rintihanku.
"Dalam setiap titisan air hujan, ada rahmat Tuhan. Dan dalam setiap titisan airmata, ada kasih Tuhan."
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : 2 )
Kembali tersenyum :')
P/S : "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Surah An-Nur:22]