Monday, 21 September 2015

Daypack to Ipoh

19 September 2015

Assalamualaikum wbt.

Orang kata kalau plan last minute, itulah yang menjadi. Plan nak ke Penang tak jadi, so kami decided nak ke Ipoh. Esok nak pergi, malam tu baru nak survey and prepare. Nasib baik day trip je. Alhamdulillah masih ada train walaupun ETS dah penuh.


It took 4 hours to reach Ipoh with train Senandung Sutera. Luckily amik train pagi, sempat sampai before tengah hari. Sebab target nak ke kedai makan tu before 1 p.m, nak elak beratur panjang. It's weekend, wajib ramai olang!


Suka buildings kat Ipoh ni. Banyak bangunan putih, macam peninggalan zaman British (ye kot..) This is KTM Ipoh Station. Macam mana nak jalan-jalan kat Ipoh? We walked. Yes, seriously. So memang tak payah risau berat naik sebab setiap kali selepas makan, we walked few km kott (Ohh Tuhan..) Ipoh ni banyak jalan sehala, so agak payah kalau nak bawak kereta. Lagipun adventure la sikit kalau jalan je. Barulah backpacker.


Hometown! Not really geng ic no 08. Tapi abah lahir kat Ipoh. Parents ummi pun orang Perak. Tapi tak ingat bila last balik Ipoh ni. Layakkah aku gelarkannya sebagai hometown? Belum boleh bawa backpack Karrimor Munro kesayangan pemberian yang tersayang, sebab besar sangat. Insyallah next trip ye, Munro?


The main reason kami daypack ke Ipoh ialah untuk food hunting! Ohh ye. Kami hiker dan kami juga food lover. Contra sangat tapi selagi boleh makan, kita makan. Time hiking nanti baru nak menyesal makan banyak sangat. Lepas tu merengek sebab berat naik, pipi nampak tembam dalam gambar. Paling teruk kena buat extra set workout! Tapi tu nanti lah! Sekarang ni kita enjoy makan dulu.


Bits Bobs Ice Kepal. Depan Plan B! Hipsturr! Dekat je dengan KTM Ipoh. RM3 je dapat snowball, boleh baling kat orang kalau dah takde rasa.


Seperti yang dijelaskan diatas, memang niat ke Ipoh sebab nak makan je. Menu wajib kalau datang Ipoh of course la nasi vanggey. Dah penat-penat jalan plus lapar dari pagi tak makan, memang sedap betul makan nasi vanggey ni. Biasa bila makan ada je kami sembang. Tapi kali ni senyap je makan sebab dah lapar sangat. Minus timun (pindah ke pinggan sebelah..), memang terbaikk! Nasi vanggey Yong Suan. Belum tengah hari lagi dah beratur panjang.


Next kitaorang makan tau fo fah. My travel partner memang cina betul, no DNA test needed. Tau fo fah Funny Mountain ni favorite dia la nih! Biasa tak makan sangat tau fo fah sebab tak berapa minat soya. Tapi fau fo fah ni memang sedap sedap dan sedap. Sampai balik teringat. Menyesal tak beli banyak. Highly recommended!


Have you heard Coffee King Est. 2015? The one with super big cup but only costs you RM5? Inilah dia! Mine is iced green tea, Ipoh mali! Memang puas hati. Worth it berjalan jauh-jauh! Kalaulah ada kat Klang.. takpayah pergi Chatime lagi.


And...the most important food yang kitaorang nak sangat kat Ipoh ni: ABC BUAH! Tapi nak dapatkannya memang penuh dengan dugaan. Sampai-sampai belum bukak lagi, rupanya bukak petang sampai malam starts pukul 6 macam tu. Stall tepi jalan je menghadap petron. RM6 dapat ABC yang penuh dengan buah. Sukanya orang tu, habis semangkuk besar tu! Siap kira ada berapa jenis buah.


I learned a lot through my short journey. Banyak dugaan terutamanya masa balik tu. But I glad, I made memories that Insyallah, lasts forever. Dulu masa konvo, ada mintak ummi bunga yang ada bear mashimaro tapi dah habis masa tu. Masa kat Ipoh ni, my travel partner belikan mashimaro yang memang dah lama nak sangat. Kebetulan nampak kt souvenir store! Dah la rare, susah nak jumpa. Ni lah namanya rezeki. Well.. that's the best part rasanya hehe..

I slept all the way back to KL Sentral. Luckily dpt train ETS. Tu pun yang last. Penat sangat tapi best sangat backpacking ni. You'll never know what Allah planned to teach you in every step of your journey. So bersangka baik je dengan Allah. Sentiasa percaya yang setiap benda berlaku pasti ada hikmah. Travel bukan sebab nak jalan tengok dunia je. Kita redah je, tapi tawakkal. That's when you know how strong, big and powerful Allah the Almighty is.

Tak serik. Kalau datang Ipoh lagi nak hiking Bukit Kledang pulak. Maybe pergi Tasik Cermin? Hoping for another adventures. Mungkin island hopping pulak? Let's see how far our love can travel. Ehh?



P/S: No I was wrong. The best part of that day is when we were together berjemaah solat jamak. It brought me to tears. Don't really know why, guess only Allah knows how I felt. 


Alhamdulillah!

Tuesday, 8 September 2015

Kerana Cinta




Cinta itu cahaya sanubari 
Kurniaan Tuhan fitrah insani 
Dan di mana terciptalah cinta 
Di situ rindu bermula 

Cinta itu tidak pernah meminta 
Tetapi memberi sepenuh rela 
Rasa bahagia biarpun sengsara 
Berkorban segala-gala 

Sunday, 30 August 2015

Soleh yang dinanti

Jodoh akan datang ketika Allah melihat kita sudah sedia menerimanya.
Dan bukan kerana kita menginginkannya.
Oleh itu tetaplah sentiasa berbaik sangka padaNya.
Yakinlah jodoh kita pasti ada, meskipun tidak untuk saat ini.
Namun percayalah ketetapan-Nya yang terbaik dan terindah untuk hamba-hambaNya.
Jadi, tak usah galau, tingkatkan ikhtiar dan sentiasa bermunajat padaNya. 
Semoga Allah berkenan mendekatkan jodoh bagi kita dengan seorang yang baik akhlaqnya, 
Soleh dan solehah, baik untuk agama, dunia, dan akhirat.

Aamiin ya Rabbal 'alamin..

Monday, 27 July 2015

Permata yang dicari

DeHearty - Permata Yang Dicari was playing on the radio, and he was driving that time.

"Saya bukan Permata Yang Dicari."

"Tak dicari. Memang dah jumpa pun."

Allah. Kalau benarlah ini cinta sejati, berikan aku kekuatan untuk pertahankannya selama-lamanya. Amin!

Wednesday, 1 July 2015

Bidadari Syurga

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya: Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” 

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” 

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” 

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning, sanggulnya mutiara dan sisirnya dari emas. Mereka lalu berkata, "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami redha dan tidak pernah merungut sama sekali. Maka berbahagialah orang yg memiliki kami dan kami memilikinya."” (Hadith Riwayat al-Tabrani)

Thursday, 25 June 2015

Sebuah pengharapan


“Aku telah merasai semua keperitan hidup dan yang paling perit sekali ketika aku berharap dengan manusia.” Saidina Ali Bin Abi Thalib

Wednesday, 17 June 2015

Andai ini takdirNya

Ya Allah.
Engkau Tuhanku.
Hati ini milik-Mu.
Hanya Engkau tahu apa yang terbaik buatku.
Andai dia yang terbaik untukku, kau satukanlah hati-hati kami selamanya.
Andai benar dia mampu bahagiakan diriku, kau kuatkanlah iman kami dalam menjaga kesucian hubungan ini.
Andai namanya yang tertulis disisi namaku, kau bantulah kami menghalalkan cinta kami.

Tetapi..
Andai dia bukan yang terbaik untukku, dan Engkau tahu kami tidak diciptakan untuk bersama,
Berikan kami jalan untuk berpisah secara baik, agar kami tidak menyakiti satu sama lain.
Berikan kami ganti yang jauh lebih baik, redhakan hati-hati kami, damaikanlah kami dgn ketentuan-Mu.

Thursday, 4 June 2015

يا رضوان


في قلبك لا اريد ان يشبهني احد
.In your heart.. I want no one to resemble me

Wednesday, 3 June 2015

Rasa ini hanya untukmu

Tidak semua rasa suka yang hadir di hatimu adalah yang memang untukmu.
Sebahagiannya hadir untuk menguji kesungguhan cintamu kepadaNya.
Maka, dalam hidup akan ada orang yang kau cintai namun menggoreskan luka dihatimu.
Ada juga yang dekat denganmu namun hanya ingin memanfaatkanmu.
Sebahagian lainnya memberikan harapan namun tanpa sebuah kepastian.
Tugasmu hanyalah berdamai dengan masa lalumu.
Bertaubat atas segala kesalahanmu.
Memaafkan mereka yang pernah menyakitimu.
Lalu terimalah orang di hari ini atau masa depanmu yang benar-benar serius ingin menjadi pasanganmu dalam jalan yang diredhaiNya.
Dia yang berusaha mencintaimu dengan landasan cinta keranaNya.
Kerana ia berniat untuk memuliakanmu dan membangun rumahtangga penuh cinta denganmu.


:)

Tuesday, 2 June 2015

My wings


"She made broken look beautiful and strong look invincible.
She walked with the Universe on her shoulders and made it look like a pair of wings."
- Ariana

Friday, 29 May 2015

Hati

Hati-hati dengan hati yang kau beri.
Kerana ada yang sangat menghargai dan memasukkan kedalam hati.
Dan ada pula malas untuk ambil peduli.
Dengar, simpan baik-baik hati itu.
Tahan dalam dada.
Kalau sudah tiba masa, barulah beri hatimu kepada dia.
Dia yang menjadi suami atau isterimu. 
Berikan cintamu kepada pasanganmu nanti.
Kerana hanya saat itu Allah redha.

Monday, 25 May 2015

Pengubat Jiwa


Saat jiwa meragut kesedihan,
Ketika itu jua ku dalam kerapuhan,
Diri menjadi lemah tiada kekuatan,
Tersungkur jatuh kekecewaan,

Tuhan tidak pernah abaikanku,
Namun aku yang pernah lupakanNya,
Kehadiran perasaan kecewa di kalbu,
Menyedari ku telah jauh dariNya,

Alunan ayat suci ku dengar,
Terasa damai pengubat jiwa,
Hati teramat sayu kerna ingkar,
Penderhaka pada Maha Esa,

Aku amat malu pada Ilahi,
Namun ku tak bisa menyembunyi,
Kerna Tuhan sentiasa memerhati,
Ku menyesali segala kekhilafan diri.

Pengubat Jiwa (1)
Sabtu, 23 Mei 2015

Saturday, 23 May 2015

Post Convocation Photoshoot in Bukit Tabur East

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt.

Sambungan dari kisah convocation yang tak habis lagi. Ini episod 2! I kennot move on lagi. Nak convo lagi boleh tak?

Ambil gambar konvo lengkap dengan jubah dan mortar itu memang impian. Selepas teracun dengan gambar sorang brader kt twitter ni, terus inspired nak panjat bukit Tabur. 



My success is meaningless without you, Nur Zakiyyah Ulfah.


Sy selalu bt nakal kt awak kan? Buli awk selalu. Harap suami awk tak mrh sy.






Aren't the clouds beautiful? They look like big balls of cotton..I could just lie here all day, and watch them drift by.


Special thanks to my cameraman, guider, bodyguard, teman makan, penjaga hati (Hmm.. apa lagi? My everything..) for made my dream came true. Sentiasa cuba penuhi setiap permintaan.

Jazakallah, qin'ai de.

P/S: Tak sabau nak tunggu konvo Degree pulak. Alahaii cepatlah habis Degree..

Wednesday, 20 May 2015

My Diploma Convocation Day

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt..

Izinkan diri ini berkongsi detik indah dalam hidup ecehhh.. Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Dia, selepas tiga tahun belajar di UiTM Alor Gajah, Melaka, akhirnya aku berjaya jadi pemegang Diploma Pengajian Perniagaan dengan pointer ehemm rahsia. Hahaha..

Izinkan lagi (haha..) aku cerita sedikit perjalanan hidupku dari awal diploma sehingga akhir. Hmm kira throwback sikit la ni. Kasi chance yer.. 

Awal apply UPU, semuanya tak dapat. Masa tu dah menyesal habis tak buat SPM sungguh-sungguh. Result langsung tak elok mana. Pilih pulak course Science.. Sebab sekolah dulu aliran sains. Tak tahu apa-apa pasal Business. Bila rayuan pun tak dapat, abah mula cadangkan amik business. 

Masa tu drama airmata kemain hebat. Dek cinta pada Physics punya pasal. Tapi bila dapat masuk Matriks Kuala Pilah...hmm tak payah cerita la part tu. Lagi teruk dramanya. Sekarang ni setiap kali Ummi tanya Ayie, "Betul ke Ayie dah decide nak masuk Matriks?" Ayie akan jawab, "InsyaAllah, Ummi. Tapi kalau Ayie quit, tu kan tradisi." Perli habis menusuk qalbu..

Abah kecewa aku quit. Tapi Alhamdulillah, aku balas dengan kejayaan yang sampai sekarang aku masih tak percaya aku dapat. Awal semester diploma tu tak pernah serius pun belajar. Asal ada masa lapang je keluar ke bandar. Hmm sebenarnya sampai ke semester akhir begitu hahah.. 

Tak pernah terlintas akan dapat Anugerah Dekan pada Sem 1, sebab carrymark semuanya rendah, lagi-lagi Financial Accounting yang tests mostly semuanya failed. Teringat malam nak final tu tak tidur, fahamkan format account. Alhamdulillah..itu kejayaan yang jadi titik pemula semangat aku untuk selalu strive for good result. Walaupun setiap semester drama airmata tak pernah putus, aku berjaya buat Ummi, Abah, adik beradik bangga. 

Ummi, my backbone! Setiap semester, aku akan mengadu susahnya belajar, masalah itu ini. Dialah tempat aku meluahkan segalanya. Semester akhir yang paling teruk dan akan aku ingat sampai bila-bila. Menghafal dan menulis dengan airmata yang tak putus. Tapi Ummi tak pernah sekali pun cakap, "Eleh nanti dekan jugak." These words yang aku selalu dapat dari almost semua orang kecuali Ummi. Don't underestimate the power of a mother's du'a. When you have your mother's du'a, you can stand against the world :)

Apalah kehidupan belajar kalau takde airmata dan kesusahan kan? Kereta rosak, failed exams, lecturer garang, gaduh-gaduh manja dgn kawan. Tu semua lumrah masa belajar. Part dari experiences yang aku akan cherish sampai bila-bila. Uni life bukan pasal belajar academic je, tapi banyak belajar pasal kehidupan jugak. 

I wish to inspire someone. Kegagalan itu yang buat kita bangkit semula. Take serious bab belajar. Harap entry ini jugak inspire dan motivate diri sendiri untuk belajar sungguh-sungguh untuk Degree ni. Teruskan buat Ummi dan Abah bangga. Siblings, too. And bakal suami juga yang tak tahu la entah siapa. 







Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al Ghazali)

P/S: I made it, Ya Allah *wipe tears

Monday, 11 May 2015

Appreciate before it's too late




P/S : I'm trully sorry, love. I will do my best to make you happy, InsyaAllah.

Friday, 8 May 2015

Jodoh itu unik



Seringkali yang dikejar-kejar menjauh.
Yang tak disengaja mendekat.
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu.
Yang awalnya diragukan menjadi pasti.
Yang ternilai jadi biasa.
Yang tak dinilai jadi bernilai.
Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan
Yang tak pernah terpikirkan, bersanding di pelaminan.

Maka, percayalah..
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kau mengenalnya.
Seberapa akrab kau dengan orang tuanya.
Atau seberapa sering kau komunikasi dengannya.
Tapi, seberapa yakin kau padaNya.
Seberapa besar kepasrahan kau dengan takdirNya.
Seberapa besar kau merayuNya.
Seberapa semangat kau menyempurnakan ikhtiar mendapatkannya.
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya, lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya.
Semoga Sahabat yang sedang dalam penantian,
Semakin yakin dengan takdir Allah.
Semakin semangat menjemput belahan jiwanya.
Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

Subhanallah
Semoga sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang kusayang, termasuk diri ini mendapatkan jodoh yg baik agamanya dan mulia akhlaknya.

Aamiin :)

Wednesday, 15 April 2015

11:34 p.m

Nak kata marah, tidak, nak kata tak marah pun tidak. Nafi sedalam-dalamnya.
Perasaan bercampur. Cuba pejam mata, tarik nafas dalam-dalam.
Tiba-tiba aku teringat satu hadith tentang marah.

“Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan dari api, sementara api bisa dipadamkan oleh air. Kerana itu, jika salah seorang di antara kalian sedang marah, hendaklah dia berwudhu (HR Abu Dawud dari Athiyah)”.

Aku amik wudhu’, tunaikan solat.
Bukankah solat itu penawar? Bukankah Dia Doktor Segala Doktor?
Dari awal solat, hingga habis, bacaanku diiringi suara sebak.
Sedikit demi sedikit airmata pun turun membasahi pipi, telekung dan sejadah.
Amarahku kian pudar, yang tinggal cuma rasa kesal. 
Kesal kerana izinkan diri dan hati makin jauh dariNya.

Baru saja Maghrib tadi kudoa agar Allah kembalikan aku padaNya.
Baru saja Maghrib tadi kudoa agar Allah tarik aku dari terus leka.
Makin deras airmata.
Kerana aku sedar bertapa kasihnya Dia padaku.

Tingkap bilik terbuka luas. Angin kuat disebabkan hujan.
Usai solat dan berdoa, aku duduk di tepi tingkap.

Aku buka kalam suciNya. Surah ke 36. Surah yang aku jadikan penawar setiap kali hati kecewa.
Aku terbuai dgn suasana sejuk dan tenang, terubat dgn ayat-ayat cinta dariNya.
Alhamdulillah, hati makin tenang. Benarlah hanya Allah mampu mengubat segala sakit. 
Kalau kita tidak pernah terluka, mana mungkin kita tahu yang Allah itu maha Penyembuh.
Dan aku sedar, Allah izinkan hati aku terluka, kerana Dia rindu akan rintihanku.
"Dalam setiap titisan air hujan, ada rahmat Tuhan. Dan dalam setiap titisan airmata, ada kasih Tuhan."

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. 
( Surah an-Anfal : 2 )

Kembali tersenyum :')


P/S : "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Surah An-Nur:22]

Sunday, 12 April 2015

Hapuskanlah airmatamu

11 April 2015
7:20 p.m

Kaki melangkah laju, melalui padang, melintasi Surau Ibnu Sina.
Aku bergegas ke surau Kolej R8, disana usrahmates dan naqibahku menanti.
Sepanjang perjalanan yg singkat tu, mata aku tertangkap langit senja yg padaku terlalu indah.

Makin lama, makin aku sedar yang bertapa kerdilnya diri ini.
Makin banyak kukenang kesilapan diri, makin sakit hati ini.
Makin banyak kuingat kejahilan diri, makin kecewa jadinya.
Hati aku menangis. Kugagahkan juga kaki melangkah.
Penawar-penawarku menanti di hujung perjalanan senja ini.

Benar tekaanku..
Saat aku duduk di bulatan gembira,
Hati aku berbunga, tenang setenangnya.
Kalam Ilahi kami buka, alunan suara bakal bidadari Syurga ni benar-benar merdu,
Aku jadi sebak, menangis kegembiraan.
InsyaAllah akan kubaiki diri, untuk Allah, ummi abah, dan dia bakal imamku.
InsyaAllah suatu hari nanti, aku juga mampu baca Al-Quran semerdu suara mereka.

Penulisan ini bukan membuka aib diri,
Bukan pula untuk meraih simpati.
Cuma kuharap, suatu hari nnt, bila aku baca balik entry ni,
Aku akan kenang segala perit yg aku lalui demi kemanisan iman,
Moga takkan berhenti semangat diri mencari cahaya Ilahi.

Friday, 3 April 2015

Sederhana

Aku hanyalah wanita biasa.
Aku bukanlah wanita berparas cantik jelita.
Aku juga bukanlah wanita yang punya segalanya.
Aku hanyalah seorang wanita yang ingin pasangan sederhana.
Aku tidak ingin menilai setampan apa rupanya.
Aku tidak ingin menilai sebanyak apa hartanya.
Aku tidak ingin menilai setinggi apa kedudukannya.

Pasangan yang berlandaskan ketakwaanNya.
Pasangan yang mengharapkan SyurgaNya.
Pasangan yang akan membawa keberkahan dan keredhaanNya.
Aku berharap kelak di sebuah perbatasan waktu,
Aku dipertemukan dengan pasangan pilihanNya.

Seseorang yang hatinya terpaut kepadaNya.
Seseorang yang mengikuti sunnah RasulNya.
Seseorang yang berpedoman pada KitabNya.
Seseorang yang akan ikhlas menerima segala kekuranganku.

Yang akan mampu membimbing hidupku.
Yang akan mampu mengisi dan melengkapi hari-hariku.
Yang akan menahkodai bahtera rumah tanggaku.
Yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku.

Aku ingin menyayanginya secara sederhana.
Aku harap dia juga menyayangiku secara sederhana.
Sesederhana aku dalam mencintainya.
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersamaNya.
Menyemai kerinduan akan wajahNya.
Sebelum aku dipertemukan dengannya.
Aku bermimpi untuk membangun Istana Indah.
Walaupun istana itu hanyalah pondok kecil yang terbuat dari bambu.
Berpagarkan ketulusan cinta dan kasih sayang.
Akan kujadikan pondokku sebagai Syurga bagi suami dan anakku.

Hanya satu keinginanku.
Yaitu ingin menjadi seorang Isteri


Retrieved from http://instagram.com/teladan.rasul

Saturday, 28 March 2015

"I'm scared to fall in love."

and why is that?

"Cause the person I'm in love with, will never love me back."

the truth hurts sometimes.

Thursday, 26 March 2015

Allah adalah jawapannya

Assalamualaikum wbt.

Entah kenapa dua tiga hari ni sayu je rasa. Rasa terbeban dengan dosa lalu. Tak mampu lagi lupakan zaman kejahilan diri. Rasa berdosa yang menghukum siang dan menghantui malam. Perit tak terkata.

Sedaya upaya pujuk diri.

Dan kujumpa ayat-ayat ni dalam handphone,

Bila kau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmatamu.
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak menjadi tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya.
Bila tidak ada yg bererti buatmu, keliru dan kecewa.. Allah adalah jawapannya.


:')



#np UNIC // Seindah Sabar

Saturday, 7 March 2015

Facts about Quran


Quran has 114 surahs.
- The Quran contains 6,666 verses
- Only 113 Surah starts with Bismillah
- The longest surah is Al Baqarah
- The shortest surah is Al Qauthar
- The best drink mentioned is milk
- The best food mentioned is honey
- The most disliked thing by Allah though Halal is divorce
- The best night mentioned is Lailatul Qadr
- The best month mentioned is Ramadhan
- The king of days mentioned is Friday
- The longest surah in the Quran contains 25 500 words
- The smallest surah in the Quran has 45 words
- There are 3 surah names with only one letter; Qaf, Sad & Noon
- There are 86 Makkahi surahs and 28 Madni surahs
- Surah Ahzaab is based on a holy war
- Surah Al Hadeed means metal
- The creation of human being is mentioned in Surah Al Hijr
- The law of inheritance is mentioned in surah An-Nisa'
- Backbiters are condemned in surah Al Humazah

There's lot more, but I just copied a few. May it give benefits to you! :)

Retrieved from: http://www.islamanalyzed.com/2010/08/interesting-facts-about-quran.html

Wednesday, 25 February 2015

I smile through my eyes

I smile through my eyes, and through my pain
"A woman's beauty is not in her features or shade of her skin, it is in her heart, in her Imaan, her Taqwa and love for her Deen."

#BukanNiqabis
#HanyaMencuba
#TakLayak
#MaluNakPostKtInstagram
#KAssalamualaikum

Tuesday, 24 February 2015

Bintang terpilih

Jika ujianmu di dunia terlalu berat, berbahagialah. Mungkin Allah mahu meringankan timbangan dosamu di akhirat nanti.

Jika kamu baru melakukan sedikit maksiat, lalu Allah berikan dugaan besar, berbahagialah. Allah menyayangimu dan tidak mahu kamu terbabas dengan dosa maksiat serta mahu menyelamatkanmu dari api neraka.

Jika pancainderamu kekurangan, anggota yang tidak sempurna atau kurang berfungsi, berbahagialah kerana Allah telah simpankan ia di syurga untukmu.

Jika kisah hidupmu penuh kesukaraan yang sangat tidak di jangka-jangka, penuh kecacatan dan kecederaan dan kisah hidupmu tidak seperti orang lain yang mempunyai keluarga bahagia, soleh solehah dan kisah dugaan kamu sangat lain dan "rare" di kalangan kenalan dan rakan..berbahagialah..

Kerana antara berjuta manusia di dunia, kamulah bintang terpilih dan yang akan bersinar. Dengan dugaan itu kamu bangkit dan bersinar..cahayanya menerangi malam yang gelap gelita.

Bergembiralah, usah bersedih lagi. Bersyukur kerana di pilih.


Nukilan oleh Saudari Hazirah Hj Hamzah

Wednesday, 4 February 2015

Peritnya bermujahadah

Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh. Cukup didikan agama. Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara. Bacaan al-Quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu;

Kau jangan rasa kau bahagia!

Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian semata-mata ingin berubah.
Mereka yang berasal dari keluarga porak peranda. Jahil ilmu agama. Aurat tak terjaga. Tak tahu solat. Hanyut dengan dunia. Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah.

Sungguh! Kau tak akan mampu nak rasai macam mana hebatnya mereka bermujahadah. Kejap tenggelam. Kejap timbul. Nak pakai tudung labuh kena maki. Nak pakai stokin kena caci. Nak jaga ikhtilat kena marah. Nak ubah akhlak kena perli.

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini, sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah!

Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-Quran hingga lancar. Mereka belajar rukun demi rukun dalam sembahyang. Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna. Mereka korbankan kemesraan dalam berikhtilat demi menjaga maruah. Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah. Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah.

Ya. Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh. Jangan sesekali kau sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah! Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau, tingginya songkok kau! Jangan kau takjub dengan taranum kau yang mendayu.

Kerana belum tentu engkau yang lebih dicintai Allah berbanding mereka!
Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasulullah berbanding mereka!
Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka!

Buat engkau, engkau, dan engkau yang sedang merasa peritnya mujahadah! Terus cekalkan hati! Allah sedang melihat usaha kau! Yakinlah dengan sepenuh keyakinan, 1 hari nanti Allah akan bawa engkau keluar dari jalan gelap kau. Menuju cahaya dari syurga!

*via @adibahnadirah

Tuesday, 27 January 2015

Jodoh dari Ilahi

Mungkin ada satu masa dimana hatimu benar-benar bersedih.
Engkau gelisah menanti sekian lama.
Apa yang ada tak sesuai rencana, membuatmu kecewa.
Tetapi tetaplah bersabar, tetaplah berbaik sangka kepada Allah, tetaplah berdoa kepadaNya.
Kerana boleh jadi, untuk menghapus sedihmu, 
Allah kan hadirkan seseorang untuk masuk kedalam hatimu.
Bersemayam di dalamnya.
Menghapus perih dan lukanya, menggantinya dengan bahagia.
Dialah itu jodoh sejatimu.



Saturday, 24 January 2015

Semalam..

Aku: "Ayie, tolong habiskan nasi angah. Angah tak larat."

Ayie: "Boleh. Tapi angah kena habiskan kerang tu. Nanti masuk hospital lagi siapa susah?"

Emo terus aku. Sebak.

Ayie even buat research pasal penyakit aku. Apa patut aku makan, apa patut aku buat. Setiap hari dia paksa aku minum susu walaupun dia tau aku memang tak suka susu. Dia tak give up.

Jadi kenapa aku kena give up lawan sakit dan teruskan hidup?

Thursday, 22 January 2015

Jangan putus asa



Jangan putus asa, padahal engkau berdoa kepada yang Maha Rahman.
Jangan putus asa, padahal engkau berharap kepada yang Maha Memberi.
Jangan putus asa, padahal engkau selalu beribadah kepada yang Maha Lembut.
Pertolongan datang bersama dengan kesabaran, kemudahan muncul bersama kesulitan.






Hanya Tuhan yang lebih mengerti kedukaan yang aku lalui
Kasih Tuhan tak berbelah bagi
KepadaNya cintaku patuhi..