Friday, 29 May 2015

Hati

Hati-hati dengan hati yang kau beri.
Kerana ada yang sangat menghargai dan memasukkan kedalam hati.
Dan ada pula malas untuk ambil peduli.
Dengar, simpan baik-baik hati itu.
Tahan dalam dada.
Kalau sudah tiba masa, barulah beri hatimu kepada dia.
Dia yang menjadi suami atau isterimu. 
Berikan cintamu kepada pasanganmu nanti.
Kerana hanya saat itu Allah redha.

Monday, 25 May 2015

Pengubat Jiwa


Saat jiwa meragut kesedihan,
Ketika itu jua ku dalam kerapuhan,
Diri menjadi lemah tiada kekuatan,
Tersungkur jatuh kekecewaan,

Tuhan tidak pernah abaikanku,
Namun aku yang pernah lupakanNya,
Kehadiran perasaan kecewa di kalbu,
Menyedari ku telah jauh dariNya,

Alunan ayat suci ku dengar,
Terasa damai pengubat jiwa,
Hati teramat sayu kerna ingkar,
Penderhaka pada Maha Esa,

Aku amat malu pada Ilahi,
Namun ku tak bisa menyembunyi,
Kerna Tuhan sentiasa memerhati,
Ku menyesali segala kekhilafan diri.

Pengubat Jiwa (1)
Sabtu, 23 Mei 2015

Saturday, 23 May 2015

Post Convocation Photoshoot in Bukit Tabur East

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt.

Sambungan dari kisah convocation yang tak habis lagi. Ini episod 2! I kennot move on lagi. Nak convo lagi boleh tak?

Ambil gambar konvo lengkap dengan jubah dan mortar itu memang impian. Selepas teracun dengan gambar sorang brader kt twitter ni, terus inspired nak panjat bukit Tabur. 



My success is meaningless without you, Nur Zakiyyah Ulfah.


Sy selalu bt nakal kt awak kan? Buli awk selalu. Harap suami awk tak mrh sy.






Aren't the clouds beautiful? They look like big balls of cotton..I could just lie here all day, and watch them drift by.


Special thanks to my cameraman, guider, bodyguard, teman makan, penjaga hati (Hmm.. apa lagi? My everything..) for made my dream came true. Sentiasa cuba penuhi setiap permintaan.

Jazakallah, qin'ai de.

P/S: Tak sabau nak tunggu konvo Degree pulak. Alahaii cepatlah habis Degree..

Wednesday, 20 May 2015

My Diploma Convocation Day

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt..

Izinkan diri ini berkongsi detik indah dalam hidup ecehhh.. Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Dia, selepas tiga tahun belajar di UiTM Alor Gajah, Melaka, akhirnya aku berjaya jadi pemegang Diploma Pengajian Perniagaan dengan pointer ehemm rahsia. Hahaha..

Izinkan lagi (haha..) aku cerita sedikit perjalanan hidupku dari awal diploma sehingga akhir. Hmm kira throwback sikit la ni. Kasi chance yer.. 

Awal apply UPU, semuanya tak dapat. Masa tu dah menyesal habis tak buat SPM sungguh-sungguh. Result langsung tak elok mana. Pilih pulak course Science.. Sebab sekolah dulu aliran sains. Tak tahu apa-apa pasal Business. Bila rayuan pun tak dapat, abah mula cadangkan amik business. 

Masa tu drama airmata kemain hebat. Dek cinta pada Physics punya pasal. Tapi bila dapat masuk Matriks Kuala Pilah...hmm tak payah cerita la part tu. Lagi teruk dramanya. Sekarang ni setiap kali Ummi tanya Ayie, "Betul ke Ayie dah decide nak masuk Matriks?" Ayie akan jawab, "InsyaAllah, Ummi. Tapi kalau Ayie quit, tu kan tradisi." Perli habis menusuk qalbu..

Abah kecewa aku quit. Tapi Alhamdulillah, aku balas dengan kejayaan yang sampai sekarang aku masih tak percaya aku dapat. Awal semester diploma tu tak pernah serius pun belajar. Asal ada masa lapang je keluar ke bandar. Hmm sebenarnya sampai ke semester akhir begitu hahah.. 

Tak pernah terlintas akan dapat Anugerah Dekan pada Sem 1, sebab carrymark semuanya rendah, lagi-lagi Financial Accounting yang tests mostly semuanya failed. Teringat malam nak final tu tak tidur, fahamkan format account. Alhamdulillah..itu kejayaan yang jadi titik pemula semangat aku untuk selalu strive for good result. Walaupun setiap semester drama airmata tak pernah putus, aku berjaya buat Ummi, Abah, adik beradik bangga. 

Ummi, my backbone! Setiap semester, aku akan mengadu susahnya belajar, masalah itu ini. Dialah tempat aku meluahkan segalanya. Semester akhir yang paling teruk dan akan aku ingat sampai bila-bila. Menghafal dan menulis dengan airmata yang tak putus. Tapi Ummi tak pernah sekali pun cakap, "Eleh nanti dekan jugak." These words yang aku selalu dapat dari almost semua orang kecuali Ummi. Don't underestimate the power of a mother's du'a. When you have your mother's du'a, you can stand against the world :)

Apalah kehidupan belajar kalau takde airmata dan kesusahan kan? Kereta rosak, failed exams, lecturer garang, gaduh-gaduh manja dgn kawan. Tu semua lumrah masa belajar. Part dari experiences yang aku akan cherish sampai bila-bila. Uni life bukan pasal belajar academic je, tapi banyak belajar pasal kehidupan jugak. 

I wish to inspire someone. Kegagalan itu yang buat kita bangkit semula. Take serious bab belajar. Harap entry ini jugak inspire dan motivate diri sendiri untuk belajar sungguh-sungguh untuk Degree ni. Teruskan buat Ummi dan Abah bangga. Siblings, too. And bakal suami juga yang tak tahu la entah siapa. 







Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al Ghazali)

P/S: I made it, Ya Allah *wipe tears

Monday, 11 May 2015

Appreciate before it's too late




P/S : I'm trully sorry, love. I will do my best to make you happy, InsyaAllah.

Friday, 8 May 2015

Jodoh itu unik



Seringkali yang dikejar-kejar menjauh.
Yang tak disengaja mendekat.
Yang seakan sudah pasti menjadi ragu.
Yang awalnya diragukan menjadi pasti.
Yang ternilai jadi biasa.
Yang tak dinilai jadi bernilai.
Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan
Yang tak pernah terpikirkan, bersanding di pelaminan.

Maka, percayalah..
Jodoh itu bukan masalah seberapa lama kau mengenalnya.
Seberapa akrab kau dengan orang tuanya.
Atau seberapa sering kau komunikasi dengannya.
Tapi, seberapa yakin kau padaNya.
Seberapa besar kepasrahan kau dengan takdirNya.
Seberapa besar kau merayuNya.
Seberapa semangat kau menyempurnakan ikhtiar mendapatkannya.
Seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkannya, lalu digantikan dengan yang lebih baik menurut versiNya.
Semoga Sahabat yang sedang dalam penantian,
Semakin yakin dengan takdir Allah.
Semakin semangat menjemput belahan jiwanya.
Aamiin Ya Rabbal'alamiin.

Subhanallah
Semoga sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang kusayang, termasuk diri ini mendapatkan jodoh yg baik agamanya dan mulia akhlaknya.

Aamiin :)