Showing posts with label UniLife. Show all posts
Showing posts with label UniLife. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

My Diploma Convocation Day

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt..

Izinkan diri ini berkongsi detik indah dalam hidup ecehhh.. Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Dia, selepas tiga tahun belajar di UiTM Alor Gajah, Melaka, akhirnya aku berjaya jadi pemegang Diploma Pengajian Perniagaan dengan pointer ehemm rahsia. Hahaha..

Izinkan lagi (haha..) aku cerita sedikit perjalanan hidupku dari awal diploma sehingga akhir. Hmm kira throwback sikit la ni. Kasi chance yer.. 

Awal apply UPU, semuanya tak dapat. Masa tu dah menyesal habis tak buat SPM sungguh-sungguh. Result langsung tak elok mana. Pilih pulak course Science.. Sebab sekolah dulu aliran sains. Tak tahu apa-apa pasal Business. Bila rayuan pun tak dapat, abah mula cadangkan amik business. 

Masa tu drama airmata kemain hebat. Dek cinta pada Physics punya pasal. Tapi bila dapat masuk Matriks Kuala Pilah...hmm tak payah cerita la part tu. Lagi teruk dramanya. Sekarang ni setiap kali Ummi tanya Ayie, "Betul ke Ayie dah decide nak masuk Matriks?" Ayie akan jawab, "InsyaAllah, Ummi. Tapi kalau Ayie quit, tu kan tradisi." Perli habis menusuk qalbu..

Abah kecewa aku quit. Tapi Alhamdulillah, aku balas dengan kejayaan yang sampai sekarang aku masih tak percaya aku dapat. Awal semester diploma tu tak pernah serius pun belajar. Asal ada masa lapang je keluar ke bandar. Hmm sebenarnya sampai ke semester akhir begitu hahah.. 

Tak pernah terlintas akan dapat Anugerah Dekan pada Sem 1, sebab carrymark semuanya rendah, lagi-lagi Financial Accounting yang tests mostly semuanya failed. Teringat malam nak final tu tak tidur, fahamkan format account. Alhamdulillah..itu kejayaan yang jadi titik pemula semangat aku untuk selalu strive for good result. Walaupun setiap semester drama airmata tak pernah putus, aku berjaya buat Ummi, Abah, adik beradik bangga. 

Ummi, my backbone! Setiap semester, aku akan mengadu susahnya belajar, masalah itu ini. Dialah tempat aku meluahkan segalanya. Semester akhir yang paling teruk dan akan aku ingat sampai bila-bila. Menghafal dan menulis dengan airmata yang tak putus. Tapi Ummi tak pernah sekali pun cakap, "Eleh nanti dekan jugak." These words yang aku selalu dapat dari almost semua orang kecuali Ummi. Don't underestimate the power of a mother's du'a. When you have your mother's du'a, you can stand against the world :)

Apalah kehidupan belajar kalau takde airmata dan kesusahan kan? Kereta rosak, failed exams, lecturer garang, gaduh-gaduh manja dgn kawan. Tu semua lumrah masa belajar. Part dari experiences yang aku akan cherish sampai bila-bila. Uni life bukan pasal belajar academic je, tapi banyak belajar pasal kehidupan jugak. 

I wish to inspire someone. Kegagalan itu yang buat kita bangkit semula. Take serious bab belajar. Harap entry ini jugak inspire dan motivate diri sendiri untuk belajar sungguh-sungguh untuk Degree ni. Teruskan buat Ummi dan Abah bangga. Siblings, too. And bakal suami juga yang tak tahu la entah siapa. 







Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al Ghazali)

P/S: I made it, Ya Allah *wipe tears

Sunday, 30 December 2012